143, Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr. Ismail Kuala Lumpur, 60000 Kuala Lumpur, Malaysia, 50000 Kuala Lumpur, Malaysia

Tuesday, June 18, 2013

Burger Bakar Adam ( homemade burger patties )

Alhamdulillah, atas dorongan serta sokongan sahabat-sahabat dan saudara mara, Burger Bakar Adam telah pun memulakan operasinya pada 11hb. Jun 2013. Walaupun ada pelbagai jenama didalam pasaran, kami percaya produk kami yang unik boleh memenuhi citarasa serta kepuasan pelanggan kami di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Kami tidak berputus asa dan  mencuba untuk memperkenalkan burger bakar "homemade patty" kami yang tersendiri. Selain dari burger daging lembu kami, burger ayam juga dibakar (grilled). Juga menjadi keutamaan kami daging burger tersebut dihasilkan mengikut piawaian kebersihan dan semestinya
DI TANGGUNG HALAL.


 Sos yang terdapat dalam burger bakar kami juga disediakan secara HOMEMADE mengikut resepi "menyengat" yang kami harap dapat menambat hati penggemar-penggemar burger bakar. Kami telah menyediakan pelbagai pilihan sos yang menarik seperti "Black Pepper"/ Lada Hitam (sesuai bagi mereka yang suka pedas), "Terriyaki" (sos yang diilhamkan dari negara matahari terbit) dimana rasanya agak manis dan lemak, "Chezzy Mushroom" (permintaan ramai sejak bermula operasi).

Beef Chezzy Mushroom Burger


Double Beef  Blackpepper Burger 


Zaman sekarang, perkara yang paling penting dan utama adalah tentang harga... Kami menawarkan harga yang sememangnya berbaloi dan berpatutan jika dibandingkan dengan jenama-jenama lain yang terdapat dipasaran. Jika nak tahu, silalah datang dan rasakan sendiri tentang kehebatan Burger Bakar Adam yang bakal mencipta satu fenomena yang di luar jangkaan bagi penggemar-penggemar burger bakar.. 

Konsep kedai kami yang terletak di Taman Tun Dr.Ismail, Kuala Lumpur ( Aunty Nab's kitchen ) bertemakan "santai" ..


Selain daripada burger bakar, kami juga ada menyediakan pelbagai menu masakan yang lain. Kami amat mementingkan aspek kebersihan persekitaran serta kualiti produk kami, agar pelanggan dapat menikmati burger bakar yang enak dalam keadaan yang amat selesa.


Burger Bakar Adam
membekal dan memasarkan produk burger bakar
Mobile-kiosk burger bakar pertama di Malaysia yang berkonsepkan moden. Pengeluar dan pembekal produk burger bakar.
kami merupakan pengusaha burger bakar adam sedia membekal patty burger bakar seberat 160gm RM2.70/pcs. Terdiri dari ayam dan daging lembu yang telah diadun secara "secret herbs". 1 pek mengandungi 10pcs patty. Bagi sesiapa yang pernah membeli burger bakar adam di TTDI  pasti sudah tahu akan rasanya yang menyengat.
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami ditalian yang telah disediakan.

Terima kasih.

Lokasi Burger Bakar Adam :-





No comments:

Post a Comment